LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II (AHLI PARLIMEN PAYA BESAR) & PENGERUSI MCMC

Aktiviti terkini |10 Februari 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kampung Pandan

Tujuan Aktiviti :
• Lawatan Rasmi dari YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan II / Ahli Parlimen Paya Besar) dan Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Bin Abdul Malek, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang)serta diiringi oleh Tuan Hj. Zahari Bin Ismail iaitu Ketua Pejabat Negeri Pahang (MCMC).
• Adalah bertujuan untuk meninjau serta meneliti aktiviti-aktiviti yang telah berjalan di PIK sepanjang penubuhannya, terutamanya PIK di bawah Parlimen Paya Besar.
• Di samping itu, lawatan juga bertujuan untuk membantu para usahawan PIK dalam memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

Butiran Aktiviti :
• Checkpoint 1 : Usahawan PIK
• Checkpoint 2 : FS4A – Micro:bit
• Checkpoint 3 : PeDas (MDEC)
• Checkpoint 4 : Jom Tuisyen
• Checkpoint 5 : Presentation oleh Petugas PIK Kg Pandan
• Signing Plaque & Buku Pelawat : YB Tim. Menteri Kewangan II & Pengerusi MCMC & VIP

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Menerangkan fungsi dan peranan PIK kepada komuniti setempat serta segala usahasama yang telah dijalankan sepanjang penubuhan PIK Kg Pandan bermula dari 2010 sehingga kini.
• Dapat memperkenalkan PIK di bawah Parlimen Paya Besar.
• Dapat membantu memperkenalkan lagi para usahawan PIK kepada VVIP.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :