KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti terkini |3 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :
• Memfokuskan kepada usahawan kecil dan asas fotografi produk, PEDi Taman Berjaya Permai mengadakan Kelas Asas Fotografi Produk dimana usahawan kecil komuniti setempat didedahkan dengan cara mengambil gambar produk.
• Kelas ini bertujuan supaya gambar produk yang ingin dipromosikan di dalam talian akan lebih cantik dan menarik.

Tujuan Aktiviti :
• Mempromosikan khidmat di Pusat Ekonomi Digital kepada usahawan-usahawan komuniti dalam membantu mereka untuk lebih giat dalam menggunakan platform atas talian dalam perniagaan.
• Melahirkan usahawan-usahawan yang kreatif dan inovatif

Butiran Aktiviti :
• Sesi 1: Pengenalan Usahawan
• Sesi 2: Pembentangan Topik oleh Cik Nur Izdihar (Wakil dari PEDi Kg Pandan)
• Sesi 3: Sesi Interaktif Bersama usahawan (Tutorial dalam Pengambilan Gambar Produk dengan menggunakan Photo LightBox MDEC)
• Sesi 4: Sesi Serahan Cenderahati dan Sesi Bergambar

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Mempromosikan perkhidmatan PEDi yang memfokuskan kepada usahawan dan pendigitalan dalam perniagaan.
• Menambah usahawan di bawah seliaan Pusat Ekonomi Digital
• Membantu usahawan kecil komuniti dalam kemahiran pengurusan bagi perniagaan atas talian.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :