KELAS ICT: MICROBIT

Aktiviti terkini |19 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)


Ringkasan Aktiviti :
• Kelas ICT (Microbit) yang dihadiri oleh kanak-kanak yang terdiri daripada ahli-ahli PEDi seramai 10 orang bermula jam 09:30 pagi sehingga 12:30 tengahari.
• Kelas ICT (Microbit) kali ini menfokuskan kepada Pengajaran 2 dimana para pelajar akan didedahkan kepada cara membina litar LED luaran dan programkan supaya LED boleh berkelip.

Tujuan Aktiviti :
• Melahirkan generasi celik ICT
• Menarik minat para pelajar untuk lebih kerap berkunjung ke PEDi serta memanfaatkan fungsi PEDi Taman Berjaya Permai.
• Memberi pendedahan tentang Microbit kepada kanak-kanak.

Butiran Aktiviti :
• Slot Pengenalan mengenai Microbit
• Sesi Pembelajaran (Pengajaran 2) tentang Microbit
• Slot Kuiz dan Dapatan dari Kelas
• Penyampaian Cenderahati.

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Memanfaatkan masa lapang cuti hujung minggu.
• Memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang Microbit dan kegunaannya.
• Meningkatkan minat golongan muda dalam mendalami bidang teknologi.
• Meningkatkan kreativiti kanak-kanak dan daya penyelesaian masalah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :