UMP STEM @ PEDI : MBLOCK PROGRAMMING

Aktiviti terkini |16, 23 & 30 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :
• Pembelajaran mengenai salah satu perisian untuk pengaturcaraan komputer dengan menggunakan blok.
• Pembelajaran mBlock ini direka bagi menyokong pendidikan STEM.

Tujuan Aktiviti :
• Melahirkan generasi baru yang celik ICT
• Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pengaturcaraan komputer
• Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai pendidikan STEM.
• Menarik minat para pelajar untuk lebih kerap berkunjung ke PEDi serta memanfaatkan fungsi PEDi Taman Berjaya Permai.

Butiran Aktiviti :
• Slot Pertama (Pengenalan kepada mBlock)
• Slot Kedua (Sesi pembelajaran oleh Tutor UMP)
• Slot Penutup (Konklusi)

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Memberi pendedahan kepada pelajar tentang perisian mBlock dan kegunaannya.
• Menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu pengaturcaraan.
• Meningkatkan kreativiti kanak-kanak dan daya penyelesaian masalah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :