KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK KOMPUTER (SHOPEE & TIKTOK SHOP)

Aktiviti terkini |11 April 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :
• Kolaborasi bersama Pusat Literasi Komputer PPAK Soi mengadakan Kursus Jangka Pendek selama 3 hari yang menfokuskan kepada keusahawan digital.
• Para peserta program akan didedahkan dengan platform perniagaan atas talian iaitu Shopee, Tiktok Shop & Content Image.
• Para peserta akan diberi pendedahan dan pengetahuan mengenai platform-platform tersebut untuk digunakan sebagai salah satu sumber untuk menambah pendapatan disamping mengetengahkan lagi keusahawanan digital kepada komuniti.
• Program ini diadakan di PEDi Taman Berjaya Permai dihadiri oleh 14 peserta dalam lingkungan umur 18 – 45 tahun.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada orang awam tentang pembaharuan PEDi dan perkhidmatan yang tersedia di PEDi.
• Memberi pendedahan mengenai keusahawan digital dan meningkatkan lagi ekonomi komuniti kawasan setempat.
• Menarik minat komuniti untuk menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PEDi dan menyertai program yang disediakan.

Butiran Aktiviti :
• 11.04.2023 (Selasa)
• Creative Content (Image)
• 12.04.2023 (Rabu)
• Tiktok Shop Affiliate
• 13.04.2023 (Khamis)
• Shopee Shop
• Majlis Penutupan & Penyampaian Saguhati

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Melatih usahawan kecil komuniti untuk mahir dalam keusahawan digital untuk menjana pendapatan.
• Membina hubungan yang baik antara PEDi Taman Berjaya Permai dan komuniti setempat.
• Mewar-warkan lagi perkhidmatan yang terdapat di PEDi kepada komuniti.
• Menjalinkan kerjasama yang baik dengan persatuan, NGO di sekitar PEDi.

Nama VIP :

• En Ahmad Shaeezan Bin Mohamed Pegawai Kemas Daerah Kuantan
• En Rosli Bin Pazli@Haris Pegawai Kemas Daerah Kuantan
• Puan Zuhaidah Binti Mohamed Penyelia PKEM Parlimen Kuantan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :