KAFETEEN@PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI

Aktiviti terkini |8 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :
• Program KafeTeen@PEDi bertujuan untuk menyebarkan luas Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada Kumpulan sasar remaja di komuniti bandar dan luar bandar.
• Mekanisme pelaksanaan adalah melalui program advokasi KafeTeen iaitu berfokus kepada kesihatan reroduktif dan sosial remaja.
• Kumpulan sasaran bagi program ini terdiri daripada remaja yang berumur 12 sehingga 24 tahun.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan mengenai Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada remaja.
• Menjalinkan kerjasama yang baik dengan persatuan, NGO di sekitar PEDi;
• Mewar-warkan kepada orang awam tentang manfaat kewujudan PEDi;
• Membantu dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan reproduktif dan sosial dalam era moden.

Butiran Aktiviti :
• Pengenalan / Sesi ‘ice-breaking’
• Pembentangan mengenai Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial oleh wakil LPPKN
• Menerokai aplikasi myKafeTeen
• Kuiz
• Penutup / Sesi Bergambar

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak dan Keselamatan Atas Talian.
• Membina hubungan yang baik antara PEDi Taman Berjaya Permai dan komuniti setempat.
• Mewar-warkan lagi perkhidmatan yang terdapat di PEDi kepada komuniti.

Nama VIP :

• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :