CYBERTALK@SCHOOL : SMK SUNGAI SOI

Aktiviti terkini |16 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :
• Program CyberTalk@School PEDi Taman Berjaya Permai di SMK Sungai Soi pada 16 Jun 2023 (Jumaat) mensasarkan pelajar tingkatan 3 seramai 263 murid.
• Program Cybertalk@School merupakan satu inisiatif yang diambil dalam memberi kesedaran tentang Keselamatan Atas Talian yang sering diambil ringan oleh masyarakat.
• Program yang dijalankan mensasarkan pelajar sekolah menengah dimana para pelajar akan didedahkan dengan beberapa topik yang berkaitan tentang perlindungan dalam menggunakan Internet dan juga sosial media.
• Sejajar dengan perkembangan teknologi, para pelajar pada masa kini amat bergantung kepada penggunaan gajet dalam kehidupan seharian.
• Oleh itu, golongan pelajar juga terdedah dengan risiko dan bahaya dalam penggunaan internet.
• Program Cybertalk ini diadakan adalah sebagai satu inisiatif dalam memberi kesedaran dan pengetahuan tentang keselamatan dalam talian.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan mengenai Keselamatan Atas Talian, Klik Dengan Bijak melalui Program Cybertalk@School.
• Menjalinkan kerjasama yang baik dengan persatuan, NGO di sekitar PEDi;
• Mewar-warkan kepada orang awam tentang manfaat kewujudan PEDi;
• Membantu dalam meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dan perlindungan di Internet.

Butiran Aktiviti :
• CyberTalk@School
• Sesi Talk oleh PEDi
• Q A (Kuiz)
• Penyampaian Hadiah dan Cenderahati kepada Pihak Sekolah
• Sesi Penyerahan Snackpack (CelcomDigi) dan Simcard Free oleh pihak CelcomDigi kepada pelajar terlibat

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak dan Keselamatan Atas Talian.
• Membina hubungan yang baik antara PEDi Taman Berjaya Permai dan komuniti setempat.
• Mewar-warkan lagi perkhidmatan yang terdapat di PEDi kepada komuniti.

Nama VIP :

• GPK Hem SMK Sungai Soi Tuan Haji Zaidan Bin Haji Husin

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :