JOM SANTAI BERSAMA KOPERASI AR-RAHNU YAPIEM

Aktiviti terkini |26 Jun 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :
• Program secara santai oleh pihak Koperasi AR-RAHNU YaPIEM dimana sesi penerangan mengenai revolusi emas dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak AR-RAHNU diadakan di PEDi Taman Berjaya Permai.
• Disamping itu, terdapat perkhidmatan cuci emas secara percuma, penjualan Gold Bar, penabungan ibadah korban dan aqiqah, gadaian, jual & uji barang disediakan oleh pihak koperasi AR-RAHNU YaPIEM.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada orang awam tentang REVOLUSI EMAS dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Koperasi AR-RAHNU YaPIEM.
• Memberi pendedahan kepada golongan pelajar tentang teknologi maklumat.
• Menarik minat komuniti untuk menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PEDi dan menyertai program yang disediakan.

Butiran Aktiviti :
• Pendaftara Peserta Seminar
• Sesi Penerangan oleh Pengurus Koperasi AR-RAHNU YaPIEM
• Sesi Soal Jawab dan Kuiz

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Memberi pendedahan mengenai revolusi emas dalam dunia hari ini.
• Membina hubungan yang baik antara PEDi Taman Berjaya Permai, agensi swasta dan komuniti setempat.
• Mewar-warkan lagi perkhidmatan yang terdapat di PEDi kepada komuniti.

Nama VIP :

• Puan Norazrina Bt Aziz Pengurus Cawangan Koperasi AR-RAHNU YaPIEM Kuantan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :