PPAK SOI @ PEDI: MENCIPTA VIDEO PENDEK MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA

Aktiviti terkini |1 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :
• Kolaborasi bersama Kemas PPAK Soi bersempena dengan musim cuti sekolah dengan mengadakan Program Mencipta Video Pendek dengan Menggunakan Aplikasi Canva.
• Program ini diadakan di PEDi Taman Berjaya Permai dihadiri oleh 8 peserta dalam lingkungan umur 10-16 tahun.

Tujuan Aktiviti :
• Mewar-warkan kepada komuniti setempat tentang fungsi PEDi
• Menarik minat komuniti dalam menyertai program-program yang disediakan oleh PEDi.
• Mengasah bakat dan kemahiran seni ukiran inai individu.
• Memenuhi masa lapang musim cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Butiran Aktiviti :
• Pengenalan kepada Aplikasi Canva
• Tutorial menghasilkan video pendek menggunakan Canva oleh pengajar
• Sesi Latihan Berkumpulan: Menghasilkan video pendek bertemakan ‘Kegiatan Semasa Cuti Sekolah’
• Penutup: Penyampaian Cenderahati dan Sesi Bergambar

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Mengasah bakat dan kreativiti pelajar.
• Menarik minat para pelajar untuk menerokai bidang multimedia
• Mendidik para pelajar untuk menggunakan internet dengan betul dan bermanfaat.
• Memanfaatkan masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti yang dapat memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar.

Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :