MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM CUTI SEKOLAH BERSAMA KEMAS PPAK SOI

Aktiviti terkini |17 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
The Anjung Seri Hall, Kemas PPAK Soi

Ringkasan Aktiviti :
• Majlis Penutupan Program Cuti Sekolah hasil kolaborasi bersama Kemas PPAK Soi merupakan penutup bagi aktiviti-aktiviti yang telah dejalankan sepanjang cuti persekolahan.
• Terdapat pelbagai aktiviti dan kelas yang dianjurkan oleh pihak Kemas dan juga PEDi seperti Kelas Canva, Kelas Ukiran Inai, Program Solat Dhuha dan bacaan Yassin dan Kelas Masakan.
• Setiap aktviviti yang dijalankan mempunyai beberapa sesi sepanjang cuti persekolah berjalan.
• Program Cuti Sekolah ini mensasarkan golongan kanak-kanak, belia mahupun warga emas yang ingin meluangkan masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan manfaat kepada individu.
• Majlis Penutupan ini diadakan bagi memberi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam Program Cuti Sekolah yang telah dijalankan disamping mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan antara pihak PEDi, Kemas PPAK Soi dan komuniti setempat.

Tujuan Aktiviti :
• Melahirkan generasi yang mahir dan celik IT.
• Memberi pendedahan dan pengetahuan umum kepada komuniti setempat mengenai Keselamatan atas Talian, Klik Dengan Bijak (KDB) dan KITAR.
• Mengisi masa lapang golongan pelajar pada musim cuti sekolah dengan program yang dapat memberi manfaat.

Butiran Aktiviti :
• Jualan Booth Usahawan
• Pameran Booth PEDi (Klik Dengan Bijak, KITAR dan PEDi)
• Kuiz Asas Komputer
• Mini Games – ICT
• Kahoot (KDB)
• Agihan Poster PEDi dan Klik Dengan Bijak
• Program Memasak Bubur Lambuk oleh Pelajar Kelas Masakan.
• Ucapan dan Perasmian oleh Tuan Zulkifli Bin Ahmad Nazri
o (Ketua Pengarah Kemas Negeri Pahang)
• Penutup: Penyampaian Sijil,Cenderahati dan Sesi Bergambar

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Mengasah kemahiran, bakat dan kreativiti komuniti setempat dari pelbagai aspek.
• Mendidik komuniti setempat agar menggunakan internet dengan betul dan bermanfaat.
• Mewar-warkan lagi mengenai keselamatan atas talian kepada komuniti.
• Mengeratkan hubungan kemasyarakatan antara pihak PEDi, Kemas PPAK Soi dan komuniti setempat
• Mempromosikan mengenai PEDi, kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PEDi.
• Memanfaatkan masa lapang cuti sekolah para pelajar.

Nama VIP :

• Tuan Zulkifli Bin Ahmad Nazri - Pengarah Kemas Negeri Pahang
• En Ahmad Shaeezan Bin Mohamed - Pegawai Kemas Daerah Kuantan
• En Syaban Bin Awang - Ketua Kampung Kempadang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :