KELAS KEUSAHAWANAN SHOPEE (BEGINNER) BERSAMA USAHAWAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM)

Aktiviti terkini |25 November 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Pandan

Ringkasan Aktiviti :
• Program Keusahawanan yang menfokuskan kepada keusahawanan digital dimana para usahawan didedahkan dengan platform Shopee sebagai salah satu platform untuk mengembangkan lagi perniagaan.
• Program bersama usahawan dari Amanah Ikhtiar Malaysia cawangan Kuantan dihadiri oleh 7 orang usahawan yang baru ingin meceburi bidang perniagaan dan juga yang sudah mempunyai perniagaan sendiri.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada usahawan tentang keusahawanan digital.
• Menggalakkan usahawan mikro menceburi perniagaan dalam talian bagi menyokong ekonomi digital negara.
• Mewar-warkan kepada komuniti setempat inisiatif PEDi dalam membantu golongan usahawan mikro.

Butiran Aktiviti :
• Pengenalan
• Penerangan mengenai Platform Shopee
• Praktikal : Mencipta Akaun ‘Seller’ di Seller Centre Shopee
• Penutup / Sesi Bergambar

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Membantu para usahawan untuk lebih maju dalam mengembangkan perniagaan dengan menggunakan platform dalam talian.
• Memperkasa dan membantu usahawan mikro untuk terlibat dalam ekonomi digital.
• Menjalinkan kerjasama yang baik dengan persatuan, NGO di sekitar PEDi.
• Mewar-warkan lagi perkhidmatan yang terdapat di PEDi kepada komuniti.

Nama VIP :

• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :