PROGRAM KEMERDEKAAN KOLABORASI PEDI DAN KEMAS KEM BATU 10

Aktiviti terkini |18 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Kemas Kem Batu 10

Ringkasan Aktiviti :
• Kolaborasi bersama Kemas Kem Batu 10 dalam melaksanakan program bertemakan kemerdekaan disamping pengenalan kepada komputer kepada pelajar-pelajar Kemas berusia 5&6 tahun.
• Program yang diadakan pada hari Jumaat, di dewan Kemas Kem Batu 10 dihadiri oleh beberapa PEDi iaitu PEDi Sri Damai, PEDi Kampung Pandan, PEDi Bukit Sagu, PEDi Kampung Ubai, PEDi Mahkota Jaya, PEDi Lepar Hilir, PEDi Kampung Kempadang, dan PEDi Taman Berjaya Permai.

Tujuan Aktiviti :
• Memberi pendedahan kepada orang awam tentang pembaharuan PEDi dan perkhidmatan yang tersedia di PEDi.
• Memberi pendedahan kepada golongan pelajar tentang perkakasan komputer dan keselamatan dalam talian.
• Memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan pelajar.
• Menarik minat komuniti untuk menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PEDi dan menyertai program yang disediakan.

Butiran Aktiviti :
• Pengenalan kepada Perkakasan Komputer
• Keselamatan atas Talian (S.A.F.E Module)
• Aktiviti : Educational Games dengan menggunakan Tab
• Nyanyian lagu-lagu kemerdekaan
• Penutup & Sesi Bergambar

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Memupuk semangat kemerdekaan dan cintakan negara Malaysia dalam kalangan kanak-kanak.
• Memperkenalkan perkakasan komputer kepada kanak-kanak.
• Meningkatkan kesedaran dalam keselamatan atas talian kepada semua golongan usia.
• Menjalinkan hubungan baik antara PEDi dan agensi/NGO di sekitar PEDi.

Nama VIP :

• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :