PROGRAM CUTI SEKOLAH : ASAS DIGITAL (MENCIPTA POSTER MENGGUNAKAN CANVA)

Aktiviti terkini |22 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Berjaya Permai

Ringkasan Aktiviti :
• Kolaborasi bersama Kemas PPAK Soi bersempena dengan musim cuti sekolah dengan mengadakan Program Mencipta Poster dengan Menggunakan Aplikasi Canva.
• Program ini diadakan di PEDi Taman Berjaya Permai dihadiri oleh 26 peserta dalam lingkungan umur 8-17 tahun.

Tujuan Aktiviti :
• Mewar-warkan kepada komuniti setempat tentang fungsi PEDi
• Menarik minat komuniti dalam menyertai program-program yang disediakan oleh PEDi.
• Memenuhi masa lapang musim cuti sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Butiran Aktiviti :
• Pengenalan kepada Aplikasi Canva
• Tutorial menghasilkan poster menggunakan Canva oleh pengajar
• Sesi Latihan Praktikal: Menghasilkan poster mengikut tema yang diberikan.
• Penutup: Penyampaian Cenderahati dan Sesi Bergambar

Kebaikan / Kelebihan aktiviti :

• Mengasah bakat dan kreativiti pelajar.
• Menarik minat para pelajar untuk menerokai bidang multimedia
• Mendidik para pelajar untuk menggunakan internet dengan betul dan bermanfaat.
• Memanfaatkan masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti yang dapat memberi ilmu pengetahuan kepada para pelajar.

Nama VIP :

• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :