Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Terletak kira – kira 7km daripada Bandar Kuantan. Kawasan ini terletak dibahagian timur daerah kuantan. Jumlah penduduk di taman berjaya permai lebih kurang 19000 orang penduduk. Bentuk geografi yang berdekatan dengan pantai mempengaruhi aktiviti ekonomi penduduk setempat contohnya menjadikan pekerjaan sebagai nelayan sumber ekonomi keluarga. Perniagaan yang berasaskan hasil laut juga menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk setempat. Taman berjaya permai juga dikatakan sebagai kawasan penempatan yang strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti sekolah rendah dan sekolah menengah, restoran, hospital swasta (DMMC dan KPJ), pasar kering dan pasar basah dan tempat beriadah iaitu pantai sepat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM ADVOKASI HARI KELUARGA KEMAS SUNGAI SOI

Aktiviti Terkini | 09 Disember 2017

Program KDB dan E-Waste dijalankan di Pantai Sepat bersama-sama Petugas-Petugas KEMAS Sungai Soi & ahli keluarga Seramai 87 orang pelajar terlibat dalam program ini. ...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK SUNGAI SOI

Aktiviti Terkini | 17 November 2017

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Taman Berjaya Permai

Aktiviti Terkini | 29 Oktober 2017

Tujuan utama program adalah untuk memperkenalkan pusat internet kepada penduduk sekitar dan meningkatkan jumlah ahli pusat internet...baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya

KARNIVAL ICT - ADVOKASI DI SMK TENGKU AFZAN

Aktiviti Terkini | 14 Julai 2017

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan orang ramai....baca selanjutnya

Taklimat KDB & CyberSafe di Hari Terbuka PI1M Kg Kempadang

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Memberikan satu pengetahuan yang berguna mengenai keselamatan siber melalui program Digi CyberSafe kepada pelajar dan pelawat yang menyertai program terbabit....baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 28 - 30 Mac 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

Balok Wind Challenge

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Progam ini memberi peluang kepada PI1M untuk memberi pendedahan kepada penduduk mengenai keselamatan menggunakan internet, memperkenalkan perkhidmatan yang ada di PI1M dan melatih penduduk kitar semula peranti elektronik dengan cara yang betul...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak, E-Waste & Digi Cybersafe

Aktiviti Terkini | 04 Februari 2017

Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan dan mempromosi aktiviti PI1M kepada penduduk setempat disamping menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti