Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Terletak kira – kira 7km daripada Bandar Kuantan. Kawasan ini terletak dibahagian timur daerah kuantan. Jumlah penduduk di taman berjaya permai lebih kurang 19000 orang penduduk. Bentuk geografi yang berdekatan dengan pantai mempengaruhi aktiviti ekonomi penduduk setempat contohnya menjadikan pekerjaan sebagai nelayan sumber ekonomi keluarga. Perniagaan yang berasaskan hasil laut juga menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk setempat. Taman berjaya permai juga dikatakan sebagai kawasan penempatan yang strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti sekolah rendah dan sekolah menengah, restoran, hospital swasta (DMMC dan KPJ), pasar kering dan pasar basah dan tempat beriadah iaitu pantai sepat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PENGENALAN 3D SKETCHUP BERSAMA PELAJAR GIAT MARA

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2019

Program ini diadakan untuk memberi kelas percuma kepada Pelajar Giat Mara tentang basic Sketch Up 3D dan memberi pendedahan kepada komuniti fungsi serta tanggungjawab Pusat Internet dalam memberi ilmu IT.....baca selanjutnya

PAMERAN ANALOG SWITCH OFF DI SEMINAR 5G BEYOND IMAGINATION

Aktiviti Terkini | 16 November 2019

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan dapat menyampaikan maklumat mengenai pentingnya penjagaan kesihatan...baca selanjutnya

PAMERAN ANALOG SWITCH OFF DI SEMINAR 5G BEYOND IMAGINATION

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2019

Program ini bertujuan mengedarkan risalah dan memberi penerangan mengenai Siaran Digital kepada pengunjung yang hadir pada Seminar 5G Beyond....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT INTERNET KG. CHERATING

Aktiviti Terkini | 15 September 2019

Program yang diadakan ini membantu pihak PI untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh SKMM setiap bulan disamping memperkenalkan fungsi PI & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI kepada komuniti dan penduduk setempat...baca selanjutnya

PROGRAM ZIARAH KASIH RAHMAH DI SG. LEMBING

Aktiviti Terkini | 08 September 2019

Program yang diadakan ini membantu pihak PI untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh SKMM setiap bulan disamping memperkenalkan fungsi PI & perkhidmatan yang ditawarkan oleh PI kepada komuniti dan penduduk setempat...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MASAKAN & MEWARNA SEMPENA KEMERDEKAAN KE-62

Aktiviti Terkini | 08 Ogos 2019

Program ini diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli Pusat Internet dan staff KEMAS serta ibubapa pelajar KEMAS Sg Soi disamping mempromosikan pusat internet kepada penduduk berdekatan dan memberi informasi dan penerangan serta mengedarkan flyers myfreeview kepada penduduk setempat....baca selanjutnya

KARNIVAL USAHANITA MERDEKA BERSAMA KOMUNITI SERIBU KEMANISAN

Aktiviti Terkini | 04 Ogos 2019

Karnival Usahanita Merdeka Bersama Komuniti Seribu Kemanisan dihadiri lebih dari 500 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak hingga dewasa....baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH MYTV TAMAN BERJAYA PERMAI

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2019

Program ini diadakan untuk menyampaikan hebahan berkenaan siaran tv digital dan memberi maklumat berkenaan MyTv dan My Freeview kerana siaran analog akan dihapuskan dan masih ramai yang masih tidak faham berkenaan My Freeview ...baca selanjutnya

PROGRAM KDB RAYA KLUSTER KUANTAN

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2019

Program KDB Raya merupakan gabungan aktiviti Klik Dengan Bijak dan Jamuan Hari Raya. Program ini tercetus, hasil daripada pandangan En. Fairose untuk mengadakan satu program ringkas yang melibatkan kesemua PI Kluster Kuantan, pihak Digi dan MCMC....baca selanjutnya

AGIHAN MAKANAN BERBUKA PUASA DI HOSPITAL TUNKU AMPUAN AFZAN

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Aktiviti ini dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan komuniti dan memperkenalkan pusat internet dan memberi imej yang baik kepada komuniti...baca selanjutnya

'EDUCATION GAMES'

Aktiviti Terkini | 27 April 2019

Aktiviti ini dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk datang ke pusat internet bagi tujuan pembelajaran disamping menggunakan teknologi dengan berhemah....baca selanjutnya

TAKLIMAT ADVOKASI PROGRAM TRANSFORMASI MINDA

Aktiviti Terkini | 23 April 2019

Taklimat ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta program tentang penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian serta risiko yang bakal dihadapi ketika berada di atas talian...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI DEWAN LEPAR HILIR 3

Aktiviti Terkini | 29 Mac 2019

Program telah dihadiri oleh seramai hampir 150 orang yang terdiri dalam kalangan komuniti setempat. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan yang berasaskan Klik Dengan Bijak dan e-Waste....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK CHERATING

Aktiviti Terkini | 15 Mac 2019

Seramai lebih 200 orang pelajar dari SK Cherating telah terlibat dalam menjayakan program advokasi pada kali ini....baca selanjutnya

Pertandingan Gubahan, Hias kek & Mewarna

Aktiviti Terkini |19 Februari 2019

Tujuan utama program untuk mengeratkan hubungan dengan ibu bapa, guru dan kanak-kanak tadika justeru itu sekaligus dapat menarik dan memperkenalkan kebaikkan PI kepada ibu bapa dan kanak-kanak untuk menyertai kelas ICT dan menggunakan PI sebaiknya...baca selanjutnya

Program Train The Trainer Advokasi Pengurus/Penolong Pusat Internet

Aktiviti Terkini |18-19 Januari 2019

Memberi latihan & pendedahan kepada Pengurus & penolong pengurus untuk memberi taklimat dan kesedaran kepada komuniti dengan modul-modul yang disediakan SKMM...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti