Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Terletak kira – kira 7km daripada Bandar Kuantan. Kawasan ini terletak dibahagian timur daerah kuantan. Jumlah penduduk di taman berjaya permai lebih kurang 19000 orang penduduk. Bentuk geografi yang berdekatan dengan pantai mempengaruhi aktiviti ekonomi penduduk setempat contohnya menjadikan pekerjaan sebagai nelayan sumber ekonomi keluarga. Perniagaan yang berasaskan hasil laut juga menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk setempat. Taman berjaya permai juga dikatakan sebagai kawasan penempatan yang strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti sekolah rendah dan sekolah menengah, restoran, hospital swasta (DMMC dan KPJ), pasar kering dan pasar basah dan tempat beriadah iaitu pantai sepat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM INTERTAKTIF DIGITAL BERSEMPENA CUTI SEKOLAH DISEMBER 2021

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2021

Pertandingan ini telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Berjaya Permai dengan penyertaan seramai 35 orang peserta. Bermula 18 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021...baca selanjutnya

PERTANDINGAN DIGIPUZZLE.NET

Aktiviti Terkini | 19 November 2021

Pertandingan ini telah berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Berjaya Permai pada jam 9.00 Pagi sehingga 1.00 Petang. Pertandingan ini bertujuan melahirkan pengguna ICT yang bijak. Selain itu ia juga bertujan mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti Internet yang bermanfaat....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELAKAR DAN MEWARNA MENGGUNAKAN PAINT & CANVA

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2021

Pertandingan ini telah berlangsung di PIK Taman Berjaya Permai pada jam 2.00 Petang. Pertandingan ini bertujuan menerapkan sifat pengguna ICT yang bijak. Selain itu, ia secara tidak langsung bagi menyokong kempen “Klik Dengan Bijak”...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA 16 SEPTEMBER SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 16 September 2021

Iklan pertandingan ini telah di kongsikan melalui FB Page Pusat Internet Komuniti Taman Berjaya Permai. Pertandingan ini memberi peluang kepada kanak-kanak sekolah rendah untuk menyertai dan berpeluang memenangi hadiah yang disediakan oleh PIK....baca selanjutnya

KUIZ PUSAT INTERNET KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2021

Program ini dijalankan secara atas talian bagi memberi peluang kepada komuniti sekitar melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh PIK...baca selanjutnya

PROGRAM MOH CAKAK PAHANG (KEMAS SUNGAI SOI)

Aktiviti Terkini | 11 Julai 2021

Melibatkan Komuniti Kampung Sungai Soi & Kempadang...baca selanjutnya

SLOT PENGIKLANAN PRODUK USAHAWAN DI MEDIA SOSIAL PIK TAMAN BERJAYA PERMAI

Aktiviti Terkini | Sepanjang Jun 2021

Melibatkan 6 Orang Usahawan ...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA & KAD RAYA KREATIF ONLINE BESERTA PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | Sepanjang Mei 2021

Melibatkan 40 orang peserta termasuk peserta kelas ICT...baca selanjutnya

PERTANDINGAN FAST TYPING, MEMBINA PETA MINDA DAN MEWARNA

Aktiviti Terkini | Sepanjang April 2021

Melibatkan 40 Peserta ...baca selanjutnya

PROGRAM KUIZ KAHOOT & MEREKA CIPTA POSTER DESTINASI MENARIK DI KUANTAN

Aktiviti Terkini | Sepanjang Mac 2021

Melibatkan 50 Peserta...baca selanjutnya

LAWATAN RASMI YB TIMBALAN MENTERI KEWANGAN II (AHLI PARLIMEN PAYA BESAR) & PENGERUSI MCMC

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2021

Lawatan Rasmi dari YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan II / Ahli Parlimen Paya Besar) dan Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Bin Abdul Malek, YB Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff (Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang)serta diiringi oleh Tuan Hj. Zahari Bin Ismail iaitu Ketua Pejabat Negeri Pahang (MCMC) ...baca selanjutnya

PROGRAM TEKA SILANG KATA PUSAT INTERNET KOMUNITI TAMAN BERJAYA PERMAI JAN 2021

Aktiviti Terkini | 30 Januari 2021

Merupakan Program Menjawab Teka Silang Kata Mengunakan Website Puzeel Dan Google Form...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti