Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Terletak kira – kira 7km daripada Bandar Kuantan. Kawasan ini terletak dibahagian timur daerah kuantan. Jumlah penduduk di taman berjaya permai lebih kurang 19000 orang penduduk. Bentuk geografi yang berdekatan dengan pantai mempengaruhi aktiviti ekonomi penduduk setempat contohnya menjadikan pekerjaan sebagai nelayan sumber ekonomi keluarga. Perniagaan yang berasaskan hasil laut juga menjadi salah satu sumber pendapatan penduduk setempat. Taman berjaya permai juga dikatakan sebagai kawasan penempatan yang strategik kerana berdekatan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur seperti sekolah rendah dan sekolah menengah, restoran, hospital swasta (DMMC dan KPJ), pasar kering dan pasar basah dan tempat beriadah iaitu pantai sepat.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS ICT CANVA (POSTER KLIK DENGAN BIJAK)

Aktiviti Terkini | 17 Disember 2022

Kelas ICT Bersama pelajar sekolah dimana para pelajar diberi pendedahan dan penerangan tentang keselamatan atas talian dan diminta untuk menyediakan satu poster bertemakan Klik Dengan Bijak (KDB) dengan menggunakan aplikasi Canva....baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI PRODUK MENGGUNAKAN TELEFON PINTAR

Aktiviti Terkini | 3 Disember 2022

Memfokuskan kepada usahawan kecil dan asas fotografi produk, PEDi Taman Berjaya Permai mengadakan Kelas Asas Fotografi Produk dimana usahawan kecil komuniti setempat didedahkan dengan cara mengambil gambar produk. Kelas ini bertujuan supaya gambar produk yang ingin dipromosikan di dalam talian akan lebih cantik dan menarik....baca selanjutnya

PROGRAM MIV 2022: HEBAHAN KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DAN KESELAMATAN ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini | 1 Disember 2022

Program yang berjalan sepanjang bulan Disember dimana hebahan mengenai topik-topik Klik Dengan Bijak dan Keselamatan atas Talian dilakukan yang mensasarkan komunti setempat di Taman Berjaya Permai. Komuniti tersebut terdiri dari pelajar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, golongan belia dan warga emas. Hebahan dibuat secara ‘one to one’ di PEDi, di luar kawasan PEDi, dan secara atas talian menerusi laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp...baca selanjutnya

MALAYSIAN ICT VOLUNTEER WITH COMMUNITY (MIV 2022)

Aktiviti Terkini | 26 & 27 November 2022

Program Malaysian ICT Volunteer Bersama komuniti yang memberi pendedahan mengenai ICT kepada wakil staff PEDi dan juga dua orang sukarelawan PEDi. Program ini merupakan inisiatif SKMM dalam menjayakan pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara pintar digital....baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI

Aktiviti Terkini | 16 Oktober 2022

Kelas Asas Fotografi yang mensasarkan usahawan-usahawan komuniti yang ingin mempelajari cara untuk mengambil gambar produk dengan betul. Kelas ini menerangkan asas-asas dalam fotografi yang perlu dititikberatkan untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik....baca selanjutnya

KELAS ICT : PENGENALAN KEPADA APLIKASI CANVA

Aktiviti Terkini | 15 & 23 Oktober 2022

Kelas ICT (Pengenalan Kepada Canva) yang mensasarkan pelajar sekolah rendah dimana para pelajar dilatih untuk menghasilkan poster digital dengan menggunakan aplikasi Canva. Para pelajar juga didedahkan dengan fungsi-fungsi yang terdapat dalam aplikasi Canva....baca selanjutnya

UMP STEM@PEDI : 3D MODELLING

Aktiviti Terkini | 24 September 2022

Pembelajaran mengenai salah satu perisian untuk pengaturcaraan computer dalam model reka bentuk 3D. Pembelajaran menggunakan perisian TinkerCad ini direka bagi menyokong pendidikan STEM....baca selanjutnya

BENGKEL GRAFIK & PERTANDINGAN REKA CIPTA INFOGRAFIK PERINGKAT DAERAH 2022 KERJASAMA PEDI KAMPUNG BALOK, PEDI SEMAMBU, PEDI KAMPUNG PANDAN, PEDI BUKIT SAGU & PEDI TAMAN BERJAYA PERMAI

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2022

Pertandingan melakar poster digital menggunakan website CANVA bertemakan kerjaya impian serta pameran dan aktiviti Klik Dengan Bijak oleh wakil MCMC...baca selanjutnya

UMP STEM @ PEDI : FUN WITH ENGLISH

Aktiviti Terkini | 17, 24 & 31 Julai 2022

Pembelajaran Bahasa Inggeris yang bertujuan untuk mempraktikkan penguasaan bahasa yang lebih tinggi. Kelas ini menekankan dua kemahiran iaitu kemahiran menerima (Mendengar dan Membaca) dan kemahiran produktif (Percakapan) dalam Bahasa Inggeris....baca selanjutnya

UMP STEM @ PEDI : MBLOCK PROGRAMMING

Aktiviti Terkini | 16, 23 & 30 Julai 2022

Pembelajaran mengenai salah satu perisian untuk pengaturcaraan komputer dengan menggunakan blok. Pembelajaran mBlock ini direka bagi menyokong pendidikan STEM....baca selanjutnya

KELAS ICT : MICROBIT (MIKRO SERVO MOTOR 3V)

Aktiviti Terkini | 25 Jun 2022

Pembelajaran mengenai perisian Mikrobit dengan mengenali penggunaan Mikro Servo Motor 3V....baca selanjutnya

KELAS ICT : BASIC MS WORD

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Pembelajaran mengenai perisian komputer menggunakan Microsoft Word kepada para pelajar dengan aktiviti mereka profil diri...baca selanjutnya

KELAS ICT : CREATING TEACHER’S DAY CARD WITH MS POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2022

Pembelajaran mengenai perisian komputer kepada para pelajar dengan aktiviti mereka Kad Hari Guru menggunakan Microsoft Powerpoint....baca selanjutnya

KELAS ICT : EDUCATIONAL GAMES

Aktiviti Terkini | 23 April 2022

Kelas ICT berkonsepkan permainan pendidikan bersama ahli PEDi berusia lingkungan 9 tahun sehingga 12 tahun. Program yang dijalankan menggunakan permainan pendidikan atas talian dimana kanak-kanak dapat belajar sambil berseronok....baca selanjutnya

LIVE FB: KLIK DENGAN BIJAK (LINDUNGI KANAK-KANAK DALAM TALIAN)

Aktiviti Terkini | 20 Mac 2022

Perkongsian Live FB Page PEDi Taman Berjaya Permai tentang topik Klik Dengan Bijak iaitu Lindungi Kanak-Kanak Dalam Talian....baca selanjutnya

PROGRAM CUTI SEKOLAH : EDUCATIONAL GAMES

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2022

Program santai berkonsepkan pendidikan sempena cuti sekolah bersama ahli PEDi berusia lingkungan 9 tahun sehingga 12 tahun. Program yang dijalankan menggunakan permainan pendidikan atas talian dimana kanak-kanak dapat belajar sambil berseronok...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK : KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG

Aktiviti Terkini | 21 Februari 2022

Sesi Live di Facebook Page PEDi Taman Berjaya Permai memberi pendedahan mengenai etika ketika melayari internet dan kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong....baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROBIT

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Kelas ICT (Microbit) yang dihadiri oleh kanak-kanak yang terdiri daripada ahli-ahli PEDi seramai 10 orang bermula jam 09:30 pagi sehingga 12:30 tengahari. Kelas ICT (Microbit) kali ini menfokuskan kepada Pengajaran 2 dimana para pelajar akan didedahkan kepada cara membina litar LED luaran dan programkan supaya LED boleh berkelip....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK : EMEL

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022

Sesi Live di Facebook Page PEDi Taman Berjaya Permai memberi pendedahan mengenai Penulisan Emel yang betul yang boleh dipraktikkan dalam pekerjaan harian mahupun untuk tujuan pembelajaran....baca selanjutnya

KELAS ICT: MICROBIT

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2022

Kelas ICT (Microbit) yang dihadiri oleh kanak-kanak yang terdiri daripada ahli-ahli PEDi seramai 6 orang bermula jam 10:00 pagi sehingga 12:30 tengahari....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti